Sambutan Rempit vs Impak Maksima

Pada Mac 2009, sebulan selepas mula bersiaran, dilaporkan bahawa siri TV Rempit vs Impak Maksima kurang mendapat sambutan berbanding siri Impak Maksima asal, gara-gara ramai ibu bapa yang menghalang anak-anak mereka menonton drama ini dengan alasan ia membawa kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak dan remaja, mengikut tinjauan yang dilakukan oleh pihak penerbit berhubung kenyataan itu.[3] Ujar Ahmad Idham mengenai hal ini[3]: "Tonton dulu drama itu barulah boleh membuat penilaian. Saya akui ia ada memaparkan aktiviti mat rempit yang sering dilabel sebagai golongan bermasalah, tapi dalam drama ini saya angkat kisah seorang mat rempit yang akhirnya melakukan aktiviti lumba motosikal di jalan yang betul. Saya tonjolkan perubahan dalam kehidupan watak utama lakonan Iqram Dinzly yang berjaya dalam dunia lumba motosikal apabila dia memilih jalan yang betul. Di sini menunjukkan kita sudah memberitahu penonton yang berminat dalam aktiviti permotoran agar melakukannya dengan cara yang betul. Saya bukannya hanya memaparkan aktiviti yang tidak bermoral sahaja."